Seni adalah berhalus di dalam perlaksanaan. Perkataan seni seringkali dikaitkan dengan cabang budaya tetapi sebenarnya seni itu adalah terkait dengan berbagai cabang di dalam setiap urusan kehidupan. Seni berlaku di dalam kehidupan seperti cara memandang mampu menterjemah jauh dari pandangan mata , mendengar pasti memahami jauh dari fahaman umumnya dan tentunya seni yang mahunya allah ialah kita sentiasa berhalus di dalam segala langkah perbuatan serta percakapan.Kesenian Islam menjadikan Al Quran dan AsSunnah sebagai sumbernya. Segala sesuatu yang indah itu ialah penyempurnaan dan penghayatan akidah, syarak dan akhlak.
Sikap berhalus yang di nampakkan oleh Allah Taala di dalam ayatnya
Al An’aam: 103. Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan Dialah yang maha halus lagi maha mengetahui.
Dapat melihat sikap manusia dan perlaksanaanya kearah kesempurnaan. Tahukah kita yang selama ini perbuatan kita adakah menampakkan kehalusan jiwa di dalam kehidupan. Lihatlah kepada anak-anak kita serta generasi yang di cipta oleh kita sebagaimana keadaannya, akhlaknya, percakapannya. Bagaimana tuntutan Allah supaya anak-anak ini di bentuk melalui akhlaknya. Tertibnya telah lenyap. Ibu bapa yang memainkan peranan tidak dapat memainkan peranan dengan sempurna. Anak-anak kita dihanyutkan dengan budaya kasar tanpa menghormati serta adab sopan yang menjadi tuntutan alam. Terfikirkah kita di dalam erti kata lain konsep berhalus di kalangan anak-anak kita tidak lagi dididik. Malah sistem pendidikan akhlak di sekolah pun menjadi mata pelajan sampingan. Ini lah punca masallah serta penyakit masyarakat sekarang. Masyarakat kita sekarang ini sedang sakit. Apakah ubat yang paling mujarab …… ??
Kenapa seni itu penting di dalami Islam? Dengan seni kita mampu berhalus di dalam perlaksanaan serta pemikiran yang lebih sempurna.
Al Hajj 63. Apakah kamu tiada melihat, bahwasanya Allah menurunkan air dari langit, lalu jadilah bumi itu hijau? Sesungguhnya Allah maha halus lagi maha bijaksana.
Keindahan merupakan salah satu ciri keesaan, kebenaran dan kesempurnaan Allah s.w.t. Keindahan merupakan sifat kesempurnaan-nya. Allah s.w.t mencintai keindahan, lantas menciptakan manusia daripada limpahan keindahannya. Bumi yang merupakan tempat tinggal manusia juga merupakan tempat yang dihiasi dengan keindahan Allah bukan sahaja menjadikan manusia itu indah dari segi fizikal, malah menjadikan naluri cinta kepada keindahan di dalam diri manusia. Di sinilah terletaknya keistimewaan manusia, iaitu yang cintakan keindahan atau kesenian yang tidak dimiliki oleh makhluk lain. Manusia menyenangi segala sesuatu yang berkaitan dengan hidup di dalam segala bidang kesenian.
Al Mulk 14. Apakah Allah Yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan atau rahasiakan); dan Dialah maha halus lagi maha mengetahui?
Rahsia besar Al Quran pasti ada yang mengetahui , dan dengan berhalus membaca serta mengkajinya pasti memberi impak besar kepada yang mengetahuinya dan dengan beramal ilmu Allah s.w.t itu akan mendatangkan redha yang pasti dari Allah s.w.t.Konsep penciptaan Allah s.w.t membuka minda manusia yang mahu memikirkan kebesaran pencipta. Dengan ilmu dan pemikiran yang halus mampu akan membawa seseorang insan itu pergi jauh untuk menjadi manusia ilmiah dan berakhlak mulia di sisi Allah s.w.t.
Islam sebagai Ad Din yang serba lengkap juga mengambil kira kesenian di dalam perundangannya. Jesteru itu Islam telah datang untuk menyempurnakan fitrah semulajadi manusia yang cinta kepada kesenian dan keindahan dengan menentukan garis panduan yang diredai oleh Allah s.w.t iaitu segala cabang kesenian yang tidak bercanggah dengan akidah, syarak dan akhlak. Seni juga mempunyai nilai asas hak sosial kemasyarakatan. Kita seharusnya dapat membezakan seni yang hak dan yang batil. Kalau punca seni itu membawa kepada suatu pergaulan yang tanpa batas itu pasti bukan dari allah, kalau telanjang itu suatu seni pasti itu juga bukan dari Allah s.w.t.Seni yang tidak mempunyai nilai-nilai akidah, syarak dan akhlak dikatakan seni pasti buka dari Allah s.w.t. Manusia harus mengetahui batas-batas yang telah di tetapkan oleh Allah s.w.t. Tanpa mengenal batas, tiada bezanya manusia dengan makhluk yang lain.
Untuk membicarakan sejauh mana kepentingan dan tuntutan berseni dari kaca mata Islam, maka kita tidak dapat lari daripada membicarakan kepentingan unsur kerohanian dan faktor alam. Malah kedua-dua itu dijalin erat menjadi satu yang fitrah.Jesteru itu seni adalah sesuatu yang sememangnya mempunyai kepentingan dan merupakan tuntutan Islam kerana melalui seni dapat menambah keimanan, ketakwaan dan amal saleh dan membentuk suatu akhlak yang mulia.
Penerimaan manusia dengan seni adalah berbeza. Rujuklah Al Quran supaya erti seni itu tidak ditafsirkan secara prejudis.Marilah kita membawa perubahan ke arah pemahaman seni (berhalus) dan marilah kita sama-sama membentuk sambil mendidik generasi memahami serta menghargai seni dari sedut pandang Islam.
Saturday, April 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment