
APA ITU OTAK
BAHAGIAN A : KENALI OTAK
OTAK
Otak merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindaknnya. Otak mengingati pengalaman lepas dan merupakan punca fikiran, mood dan emosi. Otak terletak di kepala, dilindungi oleh tengkorak dan hampir dengan perkakasan deria bagi penglihatan, pendengaran, keseimbangan, rasa dan bau. Otak mampu menjadi amat rumit. Sebagai contoh, otak manusia mengandungi 23 bilion neuron, setiap satunya bersambung dengan hampir 10 000 neuron yang lain. Secara kasarnya, otak merupakan organ pemproses maklumat pusat badan. Ia terkandung dalam kepala melalui saraf kranial dan berhubung dengan saraf tynjang yang menduduki badan melalui saraf belakang (spinal nerve). Gentian saraf menghantar isyarat dari otak dikenali sebagai gentian efferent.
Otak merupakan pusat akal dan minda yang merangkumi komponen seperti kognitif, persepsi, perhatian, ingatan dan emosi. Otak juga bertanggungjawab bagi mengawal postur dan pergerakan. Otak mampu melaksanakan beberapa fungsi secara automatik tanpa memerlukan kesedaran seperti menyelaras sistem deria, berjalan dan fungsi badan.
Serebrum merupakan pusat pemikiran, penaakulan, pertuturan dan penyimpanan maklumat. Serebrum terbehagi kepada empat bahagian yang lebih terperinci dipanggil lobus iaitu lobus occipital, lobus frontal, lobus parietal dan lobus temporal. Fungsi mereka boleh diringkaskan di dalam jadual berikut yang menunjukkan bahagian-bahagian otak, kedudukan serta fungsinya. Roger Sperry dan Robert Ornstein pengkaji-pengkaji dari Institut Teknologi California yang telah memnangi hadiah Nobel mengemukakan bahawa otak kita boleh dibahagikan kepada hemisfera kiri dan hemisfera kanan. Hemisfera-hemisfera ini lebih popular digelar sebagai otak kiri dan otak kanan. Uji kaji mereka telah membuktikan bahawa kedua-dua hemisfera mempunyai fungsi yang berbeza dan khusus kepada hemisfera masing-masing. Tangan kiri (dikawal oleh otak kanan) mahir dalam ujian yang melibatkan bentuk dan gambar manakala tangan kanan (dikawal olah otak kiri) hampir tidak dapat melakukan ini. Secara umumnya, bahagian kiri otak memainkan peranan utama dalam pemprosesan bahasa, logik matematik dan menyusun pembelajaran dalam urutan bermakna. Sebaliknya bahagian otak kanan pula lebih tertumpu kepada ritma, muzik, visual, khayalan dan lain-lain yang tergolong dalam aktiviti-aktiviti kreatif.
Namun begitu, pengkhususan ini bukanlah secara mutlak, ada masanya juga berlaku pertindihan fungsi antara kedua-dua otak. Dalam tugas harian, Sperry mendapati bahawa situasi memerlukan respon cepat, hemisfera otak yang mendapat mesej terlebih dahulu akan memberi respon penyelesaian dahulu. Secara realiti, otak akan berfungsi mengikut kaedah yang paling sesuai difikirkan. Persoalan yang mungkin timbul ialah otak manakah yang lebih penting? Sebenarnya kedua-dua otak kanan dan kiri adalah sama penting. Walaupun kedua-dua hemisfera mendominasikan aktiviti tertentu, kedua-duanya terlibat dalam pemikiran dan pentafsiran maklumat pada masa yang sama. Orang yang cenderung menggunakan otak kiri lebih suka pentafsiran maklumat langkah demi langkah. Mereka juga digelar jenis pelajar atau pemikir linear. Mereka yang cenderung menggunakan otak kanan pula perlu melihat keseluruhan gambaran besar. Mereka digelar pemikir global.
Kecenderungan penggunaan hemisfera otak tertentu dikatakan dominan otak. Kebanyakan daripada kita lebih dominan dalam penggunaan otak kiri. Ini adalah kerana masyarakat dan sistem pendidikan lebih mengutamakan penggunaan otak kiri. Orang yang menggunakan kedua-dua otak dikatakan lebih seimbang dalam segala aspek kehidupannya. Menurut Ornstein (1984), bahagian otak yang lebih lemah atau kurang dikembangkan boleh diransang untuk berfungsi serentak dengan bahagian otak yang lebih kuat. Hasilnya, kita dapat lihat daripada kemajuan prestasi pelajar secara signifikan. Malangnya masyarakat dan pendidikan kita lebih mengutamakan penggunaan otak kiri yang dicerminkan dalam pembelajaran harian. Kebanyakan daripada aktiviti kerja mahupun pembelajaran di sekolah adalah dalam bentuk penulisan atau lisan. Kedua-dua aktiviti ini termasuk dalam penekanan kepada subjek sains dan matematik adalah aktiviti otak kiri.
Ketidakseimbangan otak ini boleh dibaiki dengan melibatkan aktiviti otak kanan seperti muzik, kesenian, imaginasi, gambaran dan lain-lain aktiviti otak kanan. Aktiviti otak kanan dapat membantu mengurangkan tekanan hidup atau kerja seseorang. Ini dapat dijelaskan mengapa pengajaran guru dengan hanya suara satu nada sahaja bukan sahaja tidak dapat mengekalkan tumpuan pendengarnya ia juga tidak lama kekal dalam ingatan pendengarnya. Ini kerana stail kuliah hanya mengaktifkan otak kiri. Sekiranya stail pengajaran ini dilanjutkan, cara pemikiran otak akan membentuk tabiat malas dan hanya menggunakan otak kiri untuk berfikir. Dalam erti kata lain, tabiat ini akan menghalang potensi intuitif dan kreativiti otak kanan daripada berkembang maju. Dalam keadaan ideal atau kedua-dua otak diguna secara seimbang, didapati otak kanan akan respon terlebih dahulu kepada muka atau imej visual berbanding dengan perkataan dan bahasa.
BAHAGIAN B: KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL
Pendidikan berkait rapat dengan kreativiti dan pemikiran kreatif. Pendidikan Seni dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, bermaksud seni tampak yang bertujuan melahirkan warganegara berbudaya, khususnya individu yang kreatif, berpengetahuan dalam bidang seni, mempunyai kemahiran mencipta dan peka terhadap ciri estetik. Kurikulum Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik, daya kreatif pelajar melalui penjanaan daya intuisi, persepsi dan konsepsi, juga boleh mewujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat serta kemampuan diri pelajar. Pelajar yang mengikuti program Pendidikan Seni akan menjadi lebih peka dan perasa, bersikap sederhana dan mampu mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam mengendalikan kehidupan. Pendidikan Seni juga mampu meningkatkan kualiti berfikir. Pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Seni melalui penjanaan idea, penerokaan unsur, inkuiri, integrasi maklumat serta idea, pengolahan simbol nyata atau abstrak dan melihat sesuatu dari pelbagai perspektif, menjanjikan satu peningkatan kualiti berfikir serta bertindak secara rasional dan fleksibel.
Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain. Pelajar yang didedahkan dengan Pendidikan Seni berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata pelajaran lain terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi catatan berjela. Peta minda yang digrafikkan secara mudah lebih berkesan untuk menyatakan sesuatu konsep atau penerangan yang sukar. Prinsip dalam Pendidikan Seni berupaya memenuhi tuntutan dalam masalah ini.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mengarah kepada suasana riang dan ria serta mengundang minat pelajar akan membangkitkan semangat ingin melakukan sebarang kegiatan pembelajaran dengan baik. Penyelesaian masalah merupakan satu kaedah yang berkesan dalam Pendidikan Seni kerana ia bukan sahaja melibatkan tingkah laku ingin tahu pelajar tetapi juga berkait dengan perasaan pelajar yang menjurus kepada Learning is fun. Konsep pengajaran bersepadu dalam Pendidikan Seni telah diperjelaskan dalam Sukatan Pelajaran yang dapat disimpulkan bahawa ia merangkumi domain yang dihasrat secara bersepadu melalui pendekatan yang terancang. Pendekatan yang terancang dan terarah ini berteraskan objektif pencapaian iaitu ekspresi kreatif, penggubahan, penghasilan dan persembahan, persepsi estetik, pertimbangan estetik, warisan budaya kraf dan seni tampak. Justeru, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang terkandung hasrat murni di dalamnya dapat direalisasikan melalui subjek Pendidikan Seni.
Untuk tugasan kali ini, kami telah memilih pembelajaran warna sebagai kajian untuk mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam topik yang dipilih. Hasil Pembelajaran yang akan diperoleh pelajar semasa sesi pembelajaran ini antaranya ialah:
1. Mengenal pasti ciri-ciri warna asas, warna sekunder dan warna tertier serta fungsinya.
2. Memahami gubahan warna harmoni, warna penggenap dan sewarna serta fungsinya dalam rekaan seni visual.
3. Meneliti ciri-ciri ton warna, kroma, warna neutral, warna panas dan warna sejuk.
4. Meneliti bagaimana warna bertindak dan perhubungan antara warna dan perspektif.
5. Memperkenalkan contoh skim warna yang sering diaplikasikan dalam gubahan seni visual.
Penjelasan mengenai setiap ciri kemahiran di dalam kemahiran berfikir kritis:
1. Mencirikan
Definasi: Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek.
Kemahiran ini digunakan untuk:
a) Mendefinisikan konsep atau item.
b) Mengenali antara konsep atau item yang hampir serupa.
Contohnya: Pelajar perlu mendifinisikan apa itu warna serta mengenali jenis-jenis warna. Warna adalah unsure yang amat penting kerana warna dapat mempengaruhi perasaan kita. Contohnya warna yang terang dan cerah menimbulkan perasaan yang terang dan gembira. Sebaliknya warna yang gelap dan kelam menimbulkan perasaan muram dan sedih.
2. Membandingkan dan Membezakan
Definasi: Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.
Kemahiran ini digunakan apabila :
a) Terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan.
b) Membuat pilihan atau keputusan.
Contohnya : Semasa pelajar ingin membuat sesuatu karya, pelajar terlebih dahulu harus mengetahui jenis-jenis warna untuk membentuk gubahan warna yang sesuai agar dapat disesuaikan dengan tema subjek yang dipilih. Terdapat tiga jenis kumpulan warna dalam roda warna iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas juga dikenali sebagai warna utama merupakan warna yang hebat kuasanya dan sering digunakan dalam ciptaan logo, lambing, poster dan sebagainya. Warna ini tidak boleh terhasil daripada campuran warna lain. Warna sekunder dihasilkan dengan campuran dua warna asas. Ia terdiri daripada warna hijau,jingga dan ungu. Warna tertier pula dapat menimbulkan kesan yang lebih lembut dan dapat mengurangkan kehebatan kuasa warna asas dan warna sekunder jika digunakan bersama-sama. Oleh itu, pelajar harus tahu mengaplikasikan setiap warna dalam karya mereka.
3. Mengumpulkan dan Mengelaskan
Definasi: Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya.
Kemahiran ini digunakan apabila terdapat :
a) Banyak item atau maklumat.
b) Item atau maklumat yang tidak tersusun.
Contohnya semasa kita membicarakan mengenai suhu warna. Suhu warna hanya diamati melalui emosi pelihat dari segi nilai estetiknya dan bukan oleh pancaindera penglihatan. Terdapat dua jenis suhu warna iaitu warna panas dan warna sejuk. Warna panas terdiri daripada warna-warna antara merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna itu mempunyai kehebatan warna dan cahaya yang tinggi manakala warna sejuk yang terdiri daripada warna-warna antara hijau hingga ungu pada roda warna itu mempunyai kehebatan warna dan cahaya yang rendah. Semasa pelajar ingin membuat sesuatu karya seni, mereka harus peka terhadap suhu warna dari segi sifat atau ciri-cirinya supaya hasil karya yang diperoleh akan dapat memenuhi tema yang dikehendaki.
4. Membuat urutan : Menyusun mengikut keutamaan
5. Menganalis : Menyusun mengikut kecondongan
6. Menilai : Membuat kesimpulan
Penjelasan mengenai setiap ciri kemahiran di dalam kemahiran berfikir kritis:
1. Menjana Idea
Menjanakan idea yang banyak secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara.
Kemahiran ini digunakan apabila
• Mencari idea baru
• Mencari alternative
Contohnya, semasa pelajar ingin membuat imitasi (peniruan) terhadap karya-karya tokoh sedia ada seperti “Stary Night” yang dilukis oleh Van Gogh, palajar cuba menjana idea baru dengan mengaplikasikan warna yang lain ke atas karya tersebut. Jika kita perhatikan, karya ini banyak menggunakan warna biru. Untuk menjana pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar, guru harus memberi peluang kepada pelajar untuk menjana idea baru tetapi masih menggunakan subjek matter yang sama.
2. Membuat Inferens
Membuat kesimpulan awal yang mungkin benar atau pun tidak berdasarkan maklumat daripada pemerhatian.
Kemahiran ini digunakan apabila :
• Hendak merancangkan langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan.
• Menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan.
3. Membuat Hipotesis : Meramal
4. Menghubungkaitkan : Mensintesis
5. Menanalogi : Membuat gambaran mental
6. Mereka cipta
STRATEGI PENGAJARAN UNTUK MENINGKATKAN PEMIKIRAN PELAJAR
Strategi-strategi pengajaran yang perlu dilakukan ialah:
1. Guru harus berperanan untuk membantu dalam mengkonstruk pemikiran pelajarnya sendiri. Dalam konteks ini, guru harus menilai soalan-soalan pelajar dengan serius. Guru hendaklah mendapat pandangan, penerangan dan keinginan atau minat pelajar dengan tekun untuk membantu menganalisis isu-isu atau situasi-situasi pembelajaran yang memberansangkan dan mencabar. Guru seharusnya tidak mempunyai pandangan negative dengan mencari jawapan yang satu atau mudah sahaja. Guru dan pelajar tidak seharusnya bergantung pada buku-buku teks dan latihan sahaja untuk menjana ilmu pengetahuan.
2. Guru harus menganalisis strategi mengajar dengan mengemukakan soalan-soalan berdasarkan pemikiran dalam pengajaran. Ia dapat membantu pelajar memahami sesuatu topic dengan lebih mendalam.dalam pengajaran, guru juga boleh mempraktikkan dengan bertanya soalan-soalan berdasarkan enam aras taksonomi Bloom. Usaha guru ini dilihat sebagai pemangkin dalam mengetengahkan sesuatu idea atau topic penagajaran dengan lebih efektif.
3. Guru hendaklah menyediakan model peranan yang positif untuk pemikiran. Guru hendaklah mengenal pasti tokoh-tokoh model yang tinggal dalam kumuniti untuk menjemput mereka berkongsi pengalaman sebenar yang mereka lalui sehingga muncul sebagai tokoh yang mereka segani. Pelajar dapat berinteraksi dengan idea-idea sebagai maklumat primer dalam mengatur strategi pemikiran pembelajaran yang efektif.

No comments:
Post a Comment