Saturday, April 3, 2010

MASALAH YANG DIKAJI : SAHABAT ATAU KAWAN?

MASALAH YANG DIKAJI : SAHABAT ATAU KAWAN?

Aku mempunyai sahabat baik yang saya kenali sejak julai 2007. Aku masih ingat lagi saat pertama kali aku mengenali dirinya. Waktu itu, aku sedang berlari-lari untuk ke tempat pendaftaran. Aku dan dia merupakan pelajar baru Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Aku masih ingat akan tarikh itu...01 Julai 2007. Sewaktu aku sedang berlari-lari, aku terlanggar seorang yang tidak aku kenali. Fail aku terjatuh. Di dalam fail tersebut, terdapat segala dokumen yang telah aku isi untuk rujukan semasa pendaftaran. Di sinilah bermulanya perkenalan aku dengan dia. Bila kupandang, rupa-rupanya aku terlanggar seorang kaum sejenisku yang sangat menarik perhatian aku..oppss…jangan fikir bukan-bukan. Aku ini masih waras. Aku bukan lesbian ye. Sebagai seorang yang beragama Islam, aku terpegun dengan kecantikan yang dimilki oleh dia. Aku sempat bertanya namanya…Dewi Natasya…sedap namanya secantik wajahnya. Aku sempat meminta maaf daripadanya sebelum bergegas ke tempat pendaftaran.


Setelah selesai sesi pendaftaran, aku telah ditempatkan di Kolej Zaba. Kolej ini terletak di Proton City. Kenapa dinamakan Proton City? Sebenarnya, kalau korang semua nak tahu, tempat kediaman aku ni dekat dengan tempat membuat kereta. Di sini terdapat kilang membuat kereta Proton di samping terdapat tasik rekreasi yang menjadi tempat release tension aku dan kawan-kawan termasuklah Dewi Natasya. Emm…menceritakan sedikit mengenai bangunan Zaba ni, sebenarnya, nama bangunan ni di ambil sempena dengan nama tokoh di dalam pendidikan yang suka mengarang dan seorang pemikir yang hebat iaitu Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za’ba. Beliau antara aktivis dan pemikir yang menghimpun pertubuhan-pertubuhan Melayu pada tahun 1946 di Kuala Lumpur untuk bersatu menubuhkan UMNO dan memperjuang kepentingan orang Melayu yang lebih adil.Beliau amat kena pada tempatnya diberi gelaran patriot dan pendeta. Za'ba yang meninggal dunia pada 1973 dan merupakan salah satu budak lelaki kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang yang terkemuka muncul dalam sejarah Malaysia.

Aku telah ditempatkan di Blok C bilik 211. Tidak ku sangka bahawa aku telah ditempatkan sebilik dengan Dewi Natasya. Inilah yang dikatakan jodoh persahabatan. Sambil mengemas beg pakaian kami, aku dan Dewi telah bercerita mengenai diri masing-masing. Sungguh terkejut aku bila Dewi nyatakan bahawa dia merupakan pelajar untuk Program Seni (AT23)…sama dengan aku…oh Tuhan…inilah yang dinamakan kebetulan. Setiap hari kami pergi ke kelas bersama-sama. Keadaan ini telah membuatkan aku dan Dewi menjadi kawan baik. Walaupun kami datang dari negeri yang berlainan…aku berasal dari Johor dan Dewi dari Kelantan, tapi cita rasa kami sama. Andai aku atau pun dia mempunyai masalah, pasti kami akan berkongsi segala masalah kami bersama. Bagi aku, itulah sahabat yang terbaik dikurniakan Allah kepada aku. Sahabat yang melihat saat kejatuhan dan kebangkitan aku dalam mengharungi kehidupan. Sahabat yang pernah mengeluarkan air mata ketika melihat keperitan perjalanan hidup aku, sahabat yang sentiasa memahami misi dan visi hidup aku, walaupun adakalanya misi dan visi kami berbeza. Ya, kami terlalu banyak perbezaan. Namun perbezaan tersebut yang membantu kami untuk belajar memahami diri orang lain. Perbezaan tersebut menjadikan diri kami lebih fleksibel terutama aku dalam menerima sesuatu perkara. Dari perbezaan tersebutlah, aku belajar apa erti redha.

Suatu hari, aku nampak perbezaan yang amat ketara pada Dewi. Dia seperti menjauhkan diri dari aku. Aku bertanya kepada diri aku berkali-kali apakah kesalahan yang aku lakukan. Aku pelik. Kami duduk sebilik, tapi dia seperti tidak mengendahkan aku. Aku menjadi tidak senang hati. Aku memberanikan diri bertanya kepada Dewi akan salahku tapi Dewi hanya senyap membatu. Seperti tunggul aku di buatnya. Ya Allah…aku betul-betul tidak faham dengan apa yang berlaku. Tidak lekang doaku kepada Yang Esa supaya Dia tunjukkan segala kebenaran. Pada malam tu dalam bulan November 2009, Dewi YM (Yahoo Messenger) denganku. Aku terkejut…kerana kami sebilik, tetapi kenapa Dewi tak nak berakap denganku? Sampai hati dia YM sahaja. Aku terasa sedih dan sebak. Kawan baikku sudak tidak endahkan aku. Di dalam YM tersebut, Dewi nyatakan bahawa selama ini dia hanya menganggap aku sebagai kawan sahaja bukan sebagai kawan baik. Hanya Allah yang tahu bahawa pada waktu itu, aku terfikir dan sentiasa bertanya pada diri ini akan apa kesalahan aku. Aku bertanya kepada Dewi kenapa dia buat begini? Dia hanya mendiamkan diri. Aku sudah tidak tertahan. Aku menceritakan masalah ini kepada rakan serumah aku, Dania. Dania terangkan pada aku akan apa sebenarnya yang berlaku. Rupa-rupanya, Dewi selama ini bertepuk sebelah tangan dengan lelaki yang diminatinya. Tapi… kenapa Dewi hendak bermasam muka dengan aku? Apa kena mengena dengan aku?

Sebelum ini, Dewi pernah memberitahu padaku bahawa dia meminati seorang jejaka kos yang sama dengan kami. Aku cuba merapatkan si dia dengan Dewi tapi tak ku sangka menurut Dania, lelaki tersebut tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Dewi sebaliknya, si dia lebih selesa dengan aku…Ya Allah…tergamam aku mendengar cerita tu. Aku berjumpa dengan Dewi dan aku terangkan segalanya pada Dewi tetapi Dewi tetap salahkan aku. Dewi kata aku perampas sedangkan aku tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap si dia.aku sudah kebuntuan idea dan cara untuk menyelesaikn masalah ini. Sehingga sekarang, hubungan aku dan Dewi masih dalam masalah. Kadang-kala, Dewi memburukkan aku di hadapan teman lain. Aku tetap bersabar denagn Dewi kerana aku saying Dewi. Bagi aku, biarlah Allah yang membalas segalanya…aku berserah kepada-Nya di samping aku berusaha untuk memperbaiki akan hubungan kami…aku selalu bertanya kepada diri aku, apa lagi cara untuk aku pulihkan hubungan kami ini supaya kami kembali seperti dahulu agar aku mempunyai teman untuk berkongsi segalanya kembali…???

BAGAIMANA MENYELESAIKAN MASALAH YANG DIHADAPI?

Di dalam kehidupan kita yang serba meencabar ini, kita tidak akan lari daripada masalah yang semestinya akan membuat kita lebih matang dalam menempuh kehidupan seharian. Kita perlu menjadikan masalah ini sebagai peluang untuk memperbaiki sesuatu dalam diri kita secara langsung dan tidak langsung. Penyelesaian masalah merupakan sebahagian pemikiran. Ia dianggap sebagai fungsi intelektual yang paling rumit, penyelesaian masalah telah ditakrifkan sebagai satu proses kognitif yang berperingkat tinggi serta pengawalan kemahiran-kemahiran yang lebih rutin atau asas (Goldstein & Levin, 1987). Penyelesaian masalah berlaku apabila sebuah organism atau sistem kecerdasan buatan tidak tahu bagaimana menuju daripada satu keadaan yang diberikan kepada satu keadaan sasaran yang diingini. Ia merupakan sebahagian daripada prosesw masalah yang lebih besar yang meliputi pencarian masalah serta pembentukan masalah.

Sifat kaedah-kaedah penyelesaian masalah manusia telah dikaji oleh ahli-ahli psikologi sejak berates-ratus tahun lagi. Terdapat banyak kaedah untuk mengkaji penyelesaian masalah, termasuklah renungan, ketingkahlakuan, perlakuan serta uji kaji. Para penyeledik sedar bahawa:

 Proses-proses penyelesaian masalah amat berbeza antara domain-domain pengetahuan dan peringkat-peringkat kemahiran (umpamanya Stenberg 1995)
 Dapatan-daopatan yang diperoleh daripada makmal tidak semestinya dapat dibuat lebih umum untuk merangkumi masalah-masalah di luar makmal telah menyebabkan penekanan terhadap penyelesaian masalah dunia nyata pada sepanjang dua dekad yang lalu. Penyelidikan di Amerika Utara menekankan kajian penyelesaian masalahnya dalam domain-domain pengetahuan semula jadi yang berasingan, kebanyakan penyelidikan eropah menumpukan perhatian kepada masalah-masalah yang baru dan rumit dan melaksanakannya melalui senario-senario pengkomputeran.
Cara terbaik untuk mengembangkan otak ialah melalui penyelesaian masalah yang mencabar. Cara ini membentuk hubungan-hubungan dendrit yang baru yang membolehkan kita membuat lebih banyak jaringan neural. Otak kita bersedia untuk menyelesaikan masalah yang mudah dan nyata pada umur satu dan dua tahun. Namun masalah yang mempunyai kepelbagaian tahap kesusahan lagi abstrak hanya dapat diselesaikan apabila kedua-dua otak kiri dan kanan telah matang, biasanya dalam linbgkungan unur 11 hingga 13 tahun. Kematangan otak berkembang secara berterusan sehingga pertengahan umur 20-an.

Kanak-kanak memerlukan masalah yang kompleks dan mencabar untuk diselesaikan. Penyelesaian masalah tidak tyerhad kepada satu bahagian dalam otak. Terdapat banyak jenis masalah. Kita boleh menyelesaikan satu masalah di atas kertas dengan model, dengan analogi atau metafora, melalui perbincangan, dengan statistik, melalui lukisan atau kraftangan atau melalui satu demonstrasi. Seperti masalah yang saya hadapi, saya boleh disimpulkan sebagai berada dalam dilema dan pertanyaan. Bagaimana saya hendak meyakinkan kepada Dewi bahawa saya dan jejaka yang dia minati itu tidak mempunyai apa-apa hubungan. Bagaimana hendak saya yakinkan kepada Dewi supaya hubungan kami ini kembali seperti dahulu. Bagi masalah yang saya hadapi, saya akan menggunakan pendekatan reactive untuk menyelesaikannya. Pendekatan ini biasanya dipraktikkan oleh mereka yang sudah menyedari bahawa masalah bukanlah ancaman pada dirinya tetapi masalah yang timbul ini adalah berkaitan dengan keadaan. Oleh itu, saya perlu mempunyai kekuatan atau motivasi diri untuk menyelesaikannya. Untuk itu, saya perlu terapkan dalam diri bahawa, apabila masalah datang:

 Saya harus memperkatakan bahawa masalah merupakan satu peluang untuk kita memperbaiki kelemahan diri kita serta meningkatkan prestasi dalam diri. Yakinkan dalam diri bahawa setiap masalah mempunyai jalan penyelesaian.
 Saya harus fokus kepada jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah bukan memikirkan sebab masalah itu terjadi. Dengan ini, saya dapat mengawal perasaan saya dan tidak dipengaruhi oleh persekitaran.

Mahu menerima masalah bukan bererti berdiam diri tetapi mengenali masalah itu dengan tenang dan mambuat diri lebih mempunyai respon positif untuk menyelesaikannya. Masalah yang senang memerlukan penyelesaian yang mengandungi langkahlangkah yang tidak kompleks. Individu menerima semua maklumat yang dikehendaki untuk menyelesaikan masalah sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan dalam arahan yang diberi kepadanya. Masalah yang senang mempunyai penyelesaian yang spesifik dan seseorang individu mudah mengetahui sama ada penyelesaian itu betul atau salah. Tetapi bagi masalah yang rumit, ia memerlukan penaakulan dan analisis yang logik.
Ahli psikologi menyatakan bahawa manusia sedang mempelajari sesuatu apabila berusaha menyelesaikan masalah. Ini adalah disebabkan di dalam proses penyelesaian masalah individu akan mencari rumusan tentang sesuatu perkara, mengaplikasi masalah dengan cara yang paling mudah, mempelajari undang-undang menyelesaikan masalah dan mencipta beberapa pelan atau cadangan untuk penyelesaian masalah.Proses ini menjadikan manusia semakin matang (Anderson 1993). Secara umumnya penyelesaian masalah dapat dibahagikan kepada 5 tahap (Derry 1991:Derry & Murphy 1986: Gallini 1991:Gick 1986). John Bransford & Barry Stein (1984) menggunakan akronim IDEAL untuk menyelesaikan masalah iaitu seperti di bawah:

I Mengenalpasti masalah / Identify the problem
D Takrifkan dan gambarkan masalah / Define the represent the problem/
E Strategi menjelajah yang munasabah /Define possible strategies
A Membuat strategi tindakan / Act on the strategies/
L Lihat kembali dan menilai keberkesanan tindakan anda.
(Anita Woolfook 1995,p.126)

Langkah pertama ialah mengenalpasti kewujudan masalah.Seterusnya menjelajah penyelesaian masalah yang munasabah. Melakukan tindakan dan langkah yang terakhir ialah melihat kembali dan menilai keberkesanan tindakan tersebut. Penyelesaian masalah menumpukan persoalan tentang sifat aktif proses kognitif manusia menyelesaikan sesuatu masalah. Orang bukannya bertindak secara rambang dalam menyelesaikan masalah. Penyelesaian masalah melibatkan usaha mencapai matlamat tidak begitu mudah untuk dicapai.Ini bermakna setiap masalah tidak mungkin diselesaikan melalui satu langkah saja. Walaupun masalah mungkin berbeza-beza dari matlamat, tindakan dan kesukaran setiap masalah mempunyai 3 komponen asas.
a. Sekumpulan maklumat tersedia iaitu huraian tentang masalah.
b. Sekumpulan operasi atau tindakan sah mungkin diambil bagi menghasilkan
penyelesaian.
b. Matlamat atau huraian tentang keadaan dianggap penyelesaian.

Kajian dibuat secara teliti tentang prestasi penyelesaian masalah di kalangan pakar menunjukkan pengetahuan memainkan peranan penting dalam proses penyelesaian maslah. Di samping memiliki pengetahuan khusus, di atur cara paling berkesan dalam ingatan jangka panjang bagi memudahkan ingatan kembali (Greeno dan Simon , 1980). Penemuan kajian masa kini semakin jelas menunjukkan semua tugas penyelesaia masalah dibuat berasaskan pengetahuan. Sebarang tindakan dalam keadaan masalah dan pengetahuan calon penyelesaian berpotensi. Bagi memahami peranan pengetahuan dalam penyelesaian masalah, perhatikan bagaimana peguam mengemukakan hujah di mahkamah, mutu pergerakan pemain (jaguh master) dalam pertandingan catur atau bagaimana pengatur cara komputer menulis alogritma. Golongan professional tersebut tidak menggunakan strategi cara matlamat atau analogi bagi menyelesaikan masalah domain masing-masing. Peguam, pemain jaguh dan pengatur cara komputer adalah pakar yang domain masingmasing, dalam erti kata lain, mereka telah beberapa tahun mengamal kemahiran khusus. Secara umum pengetahuan pakar sesuatu domain boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:-

i. Pengetahuan pernyataan
ii. Pengetahuan prosedural
Pemikiran Logik

Ia mempunyai kaitan ilmu sains penaakulan. Ilmu logik membantu kita melahirkan pemikiran yang jelas dalam penulisan ataupun pertuturan. Logik adalah proses menaakul yang membawa kepada keputusan seperti idea fakta atau keputusan. Pemikiran logikal bermaksud individu harus berfikir secara logik dan rasional sebelum melaksanakan sesuatu tindakan. Berfikiran logikal juga mempunyai maksud yang berbeza di kalangan individu kerana kepelbagaian individu mentafsirkan logikal tersebut adalah berbeza. Pemikiran logik sesuai kepada mereka yang berpandangan bahawa perkara itu adalah rasional untuknya tetapi tidak ada pada setengah individu yang lain. Dalam proses penyelesaian masalah pemikiran logikal berfungsi sebagai satu cara untuk memudahkan individu mentafsirkan permasalahan tersebut menurut kaca maatnya sendiri dan menjadikan masalah itu semakin mudah untuk diuruskan.

Pemikiran Kritis
Didefinisikan sebagai proses pemikiran yang bermula dengan proses menyoal kepada masalah bagi mendapatkan serta mempertingkat pemahaman. Ia melibatkan tiga jenis aktiviti mental iaitu analisis, sintesis dan penilaian. Pemikiran kritis menggalakkan individu menganalisis pernyataan dengan berhati-hati, mencari bukti yang sah serta kukuh sebelum membuat kesimpulan. Pemikiran kritis boleh juga sebagai proses pemikiran secara teliti demi menjelaskan dan memperbaiki kefahaman, dengan erti kata lain pemikiran kritis mendorong individu menguji kebenaran sesuatu perkara. Seseorang pemikiran kritis tidak hanya cekap menggunakan kemahiran dalaman (mikro) tetapi mempunyai sikap tertentu. Pemikiran kritis mendorong individu bersifat rasional seperti menaakul secara kritis, malah dapat meneliti pengalamannya, menilai dan menimbang pelbagai pendapat dan idea sebelum membuat keputusan. Pemikiran kritis juga mempunyai kemahiran pengadilan, iaitu dapat mempertimbangkan dan memutuskan kesahihan pernyataan yang dikemukaan oleh pihak tertentu. (Anita E.Woolfolk, 1995)
Sewajarnya memahami pemikiran kritis membantu kita untuk menghadapi penyelesaian masalah supaya kita dapat menghadapi pelbagai masalah yang mendatang dengan baik dan bererti. Pada masa sama kita mungkin dapat menanamkan semangat ingin berusaha untuk menyelesaikan masalah.

Kesimpulan
Perbincangan yang kritis mengenai penyelesaian asalah dapatlah dibuat beberapa rumusan penting berkaitan tajuk yang diperbincangkan. Sewajarnya kita mengembangkan pelbagai langkah penyelesaian ini untuk menggalakkan diri kita menggunakan kognitif yang melibatkan proses penaakulan, pembinaan konsep, penilaian dan penyelesaian masalah. Langkah yang paling asas dan penting bagi membolehkan seseorang itu menyelesaikan masalah yang dihadapi ialah dengan mempunyai banyak pengalaman yang berbentuk konsep dan prinsip tentang pelbagai hal. Pelajar sepatutnya digalakkan menyatakan pendapat mereka dan pendapat itu perlu dihargai demi menggalakkan pelajar menggunakan kemahiran berfikir semaksima yang mungkin. Kita juga boleh merumuskan bahawa kemahiran berfikir semaksima mungkin. Kita juga boleh rumuskan bahawa kemahiran berfikir ialah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang mempunyai berfikir sanggup dan cekap menyusun maklumat, konsep atau idea secara teratur dan membuat penyelesaian atau keputusan atau keputusan yang tepat untuk tindakan terarah dan wajar.

No comments:

Post a Comment