Saturday, April 3, 2010

MEMBENTUK KEMAHIRAN BERFIKIR

Membentuk kemahiran berfikir.

Contoh untuk beberapa ikhtibar supaya kita boleh berubah:

a. Saya mahu sedikit gam untuk mencantumkan dua keping kayu.


Kita dibesarkan dengan pengalaman bahawa kayu dicantumkan dengan gam. Itulah cara paling mudah, paling murah dan paling kita sukai. Itulah cara yang ada yang kita ketahui. Atau itulah cara yang sering tertanam dalam minda kita.


b. Saya mahu beberapa cara untuk mencantumkan dua keping kayu.

Kita boleh mengubah paradigma dan dogma dalam minda sendiri. Selalu tanamkan bahawa setiap satu perkara yang difikirkan mempunyai banyak pilihan lain untuk melakukannya. Ini melahirkan persepsi dan kemahiran berfikir yang baru.

Contoh lain :

a. Saya mahu paku untuk menggantung gambar ini ke dinding.
b. Saya mahu beberapa cara untuk menggantung gambar ini ke dinding.

--------------------------------------------------------------------------------

Empat jenis latihan untuk Kemahiran Berfikir (1).

1. Seronok ( cadangan 40% ).
- Imiginartif, gila-gila, spekulatif dan tidak diambil serius. Contoh : bagaimana kalau kita ada 4 tangan ?

2. Remote ( cadangan 30% ).
- Besar kemungkinannya benar, ada kebenaran. Contoh : bagaimana nak mengelakkan kesesakan bandararaya ?

3. Persekitaran sedia ada ( cadangan 20% ).
- Relevan dengan umur, kumpulan dan persekitaran murid dan minat mereka. Contoh : sahabat anda cuba mengelak dari bertemu anda dan anda tidak tahu kenapa. Apakah yang patut anda lakukan ?


4. Berat ( cadangan 10% ).
- Hal - hal serius yang berkaitan dengan kita (kumpulan pelajar yang belajar KB) Umur, minat dan situasi kita mempengaruhi pilihan seperti keperluan , kesusahan kita. Contoh : patutkah remaja merokok ?
--------------------------------------------------------------------------------

Empat jenis latihan untuk Kemahiran Berfikir (2) .


Gabungkan 2 dari 4 jenis latihan Kemahiran Berfikir setiap kali latihan secara berpasangan antara :
a. seronok.
b. remote.
c. persekitaran sedia ada.
d. berat.

Ini penting supaya ia membina Kemahiran Berfikir akibat dari tiada emosi, prejudis dan gangguan pengalaman.

--------------------------------------------------------------------------------

17 Prinsip-prinsip berfikir.

1. Konstruktif (jangan negatif).
2. Berfikir secara perlahan-lahan dan mudah.
3. Elakkan ego, refleksi terhadap pendapat sendiri.
4. Elakkan dogmatik walaupun anda pasti pendapat anda betul.
5. Berfikir secara meneroka (bukan membahas dan mempertikai).
6. Fikirkan titik fokus dan penyelesaian dari berfikir.
7. Mampu tukar gear. Tahu bila perlu guna logik, guna kreativiti, guna maklumat.
8. Apakah penyelesaian dari berfikir.
9. Perasaan, emosi penting dalam berfikir (selepas penerokaan sahaja).
10. Sentiasa dan berani mencari serta menggunakan alternatif, persepsi dan idea baru.
11. Mampu berundur dan maju semula.
12. Pihak yang membahas/mempertikai ada melahirkan idea penting – ambil idea dan gunakan idea-idea tersebut.
13. Logik cuma sebaik persepsi dan maklumat.
14. Pandangan berbeza lahir dari persepsi yang berbeza.
15. Semua tindakan mempunyai kesan dan akibat.
16. Setiap perkara mempunyai alternatif lain yang belum manusia lain terfikirkannya.
17. Manusia mempunyai banyak peluang untuk kreatif dan mengeluarkan idea baru.


Berfikir secara perlahan - lahan dan mudah.

a. Manusia mampu berfikir walau sebanyak mana sekalipun kalau berfikir secara perlahan-lahan dan tenang.
b. Elakkan ego, refleksi terhadap pendapat sendiri.
c. Ego seringkali mempengaruhi pendapat manusia.
d. Fikirkan semula objektif kita berfikir, tujuhala dan kesan dari pendapat kita sendiri.
e. Elakkan dogmatik walaupun anda pasti pendapat anda betul.
f. Walaupun pendapat kita betul, pendapat orang lain juga adalah baik dan patut diterima dan dipakai.
g. Ada kemunginan kita tidak menerima pendapat betul orang lain kerana kita melihat dari persepsi yang salah.


Berfikir secara meneroka (bukan membahas dan mempertikai).

a. Berfikir untuk memperoleh sesuatu yang baik, benar dan tepat.
b. Berfikir bukan untuk menyatakan cara kita betul.
c. Tidak perlu untuk membahaskan tentang pendapat orang lain.


Fikirkan titik fokus dan penyelesaian dari berfikir.

a. Kenalpasti apakah titik fokus kita berfikir dan apakah yang ingin dicapai dari berfikir tadi.
b. Tentukan satu titik fokus sahaja.
c. Elakkan terhanyut / tergelincir / terbias dari masa ke masa, dari fasal ke fasal, dari pendapat ke pendapat.


Mampu tukar gear. Tahu bila perlu guna logik, guna kreativiti, guna maklumat.

a. Bijak berfikir adalah juga mahir dalam pelbagai jenis berfikir.
b. Tahu bila dan bagaimana perlu guna pelbagai teknik berfikir.


Apakah penyelesaian dari berfikir.

a. Boleh meramal hasil berfkir dan kesan dari berfikir tadi.
b. Mampu mengenalpasti mengapa rumusan / keputusan dari berfikir tadi boleh dijayakan.


Perasaan, emosi penting dalam berfikir (selepas penerokaan sahaja).

a. Perasaan dan emosi juga penting kerana banyak penyelesaian masalah juga melibatkan pihak lain / manusia.
b. Gunakan perasaan dan emosi di masa yang sesuai.
c. Perasaan dan emosi digunakan di awal, ia akan mempengaruhi persepsi dan tindakan.


Sentiasa cari alternatif, persepsi dan idea baru.

a. Cari alternatif baru, penerokaan baru, persepsi baru, kemungkinan bertindak, pendelatan yang berlainan dan pelbagai.


Mampu berundur dan maju semula.

a. Memikirkan semula senario sebenar secara terperinci.
b. Keluasan skop membantu menjana alternatif, berpindah dari idea ke idea, menghubung kait idea.
c. Berundur menyusun semula langkah, memperbarui pendapat dan bertindak.


Pihak yang membahas / mempertikai ada melahirkan idea penting – ambil idea dan gunakan idea-idea tersebut.

a. Ambil semua idea. Ada kala idea yang baik bercampur dengan idea kurang baik.
b. Idea yang baik boleh diperbaiki dan digunakan.
c. Idea yang kurang baik boleh digabungkan dengan idea lain untuk menjadikan idea yang lebih baik.


Logik cuma sebaik persepsi dan maklumat.

a. Pendapat / pilihan / tindakan ramai orang merupakan pendapat / pilihan / tindakan yang terbaik baru & masih diketahui.


Mungkin ada pendapat / pilihan / tindakan lain yang sama baik tetapi belum diketahui.

a. Mungkin ada pendapat / pilihan / tindakan yang lebih baik dari persepsi lain pula.
b. Logik baru boleh muncul dari dogmatik lama.


Pandangan berbeza lahir dari persepsi yang berbeza.

a. Apabila ada pendapat betul, semua pendapat lain seringkali dianggap salah.
b. Persepsi lahir dari maklumat berbeza, pengalaman berbeza, cara pandangan berbeza.
c. Seseorang perlu peka pada pelbagai jenis persepsi yang berbeza.


Semua tindakan mempunyai kesan dan akibat.

a. Bukan semua hasil berfikir menghasilkan tindakan.
b. Berfikir juga boleh menghasilkan pelan tindakikut, penyelesaian masalah, mereka bentuk, pilihan atau keputusan yang diikuti
dengan tindakan.
c. Tindakan mempunyai kesan dan akibat pada manusia, hidupan dan alam.


Setiap perkara mempunyai alternatif lain yang belum manusia lain terfikirkannya.

a. Perkara yang kita lakukan adalah berdasarkan kepada pengalaman lalu.
b. Masih ada cara lain untuk melakukan sesuatu yang belum kita ketahui, kita temui dan belum terlintas dalam fikiran manusia.


Manusia mempunyai banyak peluang untuk kreatif dan mengeluarkan idea baru.

a. Manusia boleh berkreatif apabila diberi peluang.

--------------------------------------------------------------------------------

Pemikiran biasa.

Teknik ini kita pelajari secara tidak disedari semasa menjalani proses kegidupan seharian. Kecenderungan ini perlu
dikikis supaya dapat menghaslkan idea bermutu. Tujuh (7) ciri pemikiran biasa:


1. Pengulangan mempengaruhi minda.
2. Dikongkong oleh pengamatan mata.
3. Dikuasai niat dan kepentingan peribadi.
4. Pengalaman pertama memberi tanggapan untuk seterusnya.
5. Mengutamakan kepentingan.
6. Kuat dipengarui pengalaman peribadi.
7. Cepat bertanggapan ekstrim.

No comments:

Post a Comment